.

Tuesday, June 22, 2010



Siaran 999 TV3 berhubung kes bunuh berebut tokek di Lahad Datu, Sabah. Harga yang tertera di hujung video juga berbeza berbanding post yg sebelum ini.

220g RM2300
300g RM100,000
400g RM180,000
500g RM500,000
600g RM600,000
800g RM800,000
1 kg RM1,200,000

Monday, June 21, 2010

Harga Pasaran (hanya perbandingan, mungkin ada yang ambil lebih rendah/tinggi)

220g -290g RM4000 - 20,000
300g RM30,000
350g RM50,000
400g RM103,000
500g RM300,000
600g RM944,000
700g RM1,017,000
800g RM1,492,000
900g RM3,792,000
1kg RM10,000,000


Banyak perbezaan harga untuk 500g ke atas kerana permintaan antarabangsa hanya mahukan berat minimum 400g.

Tokek adalah sejenis reptilia tergolong dalam kategori cicak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut teko atau tekek (dalam bahasa Jawa), tokek (Sunda) dan tucktoo atau tokay gecko (English).

Tokek boleh ditemui di pokok-pokok, terutama di kawasan kampung dan di tepi hutan. Tokek menjadikan serangga makanan pilihan selain anak tikus. Tokek memburu mangsa pada waktu malam hari dan pada waktu siang hari boleh ditemui bersembunyi di celah-celah pohon; celah batu; di celah atap rumah (wakaf, pondok atau bangsal lama adalah tempat terbaik untuk mencari tokek).

Reptilia ini boleh ditemui di India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar,Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaysia, dan pulau sekitarnya, Sumatra, Jawa, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru sehinggalah di Filipina .

Tokek bersifat aggresif, biasanya menggigit jika ditangkap. Pegang bahagian bawah kepala tokek untuk mengelak dari digigit. Hulur ranting kecil atau kain supaya digigit dahulu oleh tokek sebelum memegangnya adalah cara terbaik. Cara lain dengan menggunakan tali untuk menjerut leher tokek.


(jgn sampai mati, org yg takut/geli nak pegang bolehlah gunakan teknik ini)











TIPS ATAU CARA MEMELIHARA TOKEK DENGAN BAIK
.

1 Tokek merupakan reptilia yang tahan lapar sehingga 1,2 minggu, serta tahan cuaca.

2. Tokek merupakan reptilia cannibal, boleh menjadikan tokek yang lain sebagai makanan sekiranya diletakkan dalam sangkar yang sama.

3. Tokek tidak suka diganggu dan mungkin mengganggu tabiat pemakanannya (tidak mahu makan). Seeloknya biarkan tokek di dalam sangkar / akuarium kecil yang selesa tanpa diganggu kerana tokek yang ditangkap liar kemungkinan besar tidak mahu makan untuk tempoh 1,2 minggu.

4. Makanan.
Serangga adalah makanan tokek. Cengkerik atau ulat yang boleh didapati di kedai haiwan perliharaan sangat sesuai. Anak tikus (yang masih merah) adalah makanan terbaik untuk pembesaran yang cepat.

5. Cara memegang. Pegang bahagian bawah kepala (leher). Jangan memegang ekornya untuk mengelakkan ekor putus. Masukkan kedalam plastik / beg kertas kecil untuk menimbang berat tokek.